Skandal Ahli Politik, Ahli pernigaan & Selebriti Dunia. Pendedahan terbesar ‘Pandora Papers’

BARU-baru ini ‘Pandora Papers’ atau Kertas Pandora mendedahkan senarai urus niaga melibatkan tokoh-tokoh politik, ahli-ahli perniagaan, selebriti-selebriti yang membuka akaun di pusat-pusat kewangan pesisir di dunia.

Pusat-pusat kewangan itu merupakan kawasan perlindungan cukai yang mana golongan kaya tersebut dikatakan mahu mengelakkan diri daripada dikenakan cukai oleh negara-negara mereka dengan menyimpan aset-aset di pusat-pusat kewangan berkenaan.

Ia juga mendedahkan aset-aset dan rahsia rundingan perniagaan yang dilakukan oleh golongan kaya serta yang berkuasa di dunia ini.

Pendedahan itu turut melibatkan 11.9 juta fail dari syarikat-syarikat yang diupah oleh para pelanggan kaya bagi mewujudkan struktur perniagaan dan amanah di kawasan pesisir pantai antaranya di Panama, Dubai, Monaco, Switzerland dan Kepulauan Cyaman, Kepulauan Virgin British, Belize, Cyprus, Singapura, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kertas Pandora itu juga mendedahkan urusan-urusan perniagaan melibatkan 36 pemimpin dunia termasuk yang masih memerintah, Perdana Menteri dan ketua-ketua negara.

Ia tidak terkecuali daripada mendedahkan urusan pembiayaan rahsia yang melibatkan lebih 300 pegawai awam seperti menteri-menteri kerajaan, hakim-hakim, datuk-datuk bandar dan jeneral-jeneral tentera di lebih 90 buah negara.

Fail-fail yang didedahkan itu termasuk penyumbang-penyumbang utama kepada Parti Konservatif di United Kingdom (UK).

Nama lebih 100 bilionair terpampang dalam satu kebocoran data yang kemudian didedahkan menerusi Kertas Pandora.

Terdapat juga nama-nama selebriti, bintang-bintang rock dan pemimpin perniagaan dalam senarai itu.

SEMBUNYI HARTA MEWAH

Kebanyakan golongan kaya itu menggunakan syarikat-syarikat yang tidak aktif di pusat-pusat kewangan pesisir pantai untuk ‘menyembunyikan’ harta-harta mewah.

Ramai antara mereka membeli harta mewah antaranya hartanah atau kapal layar.

Terdapat juga barang mewah lain yang dibeli oleh mereka seperti hasil-hasil kerja seni bernilai tinggi, barangan antik sehingga kepada lukisan karya Picasso dan lukisan mural oleh Banksy.

Kertas Pandora itu juga mendedahkan senarai kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-orang di sekeliling tokoh politik bagi menyembunyikan perniagaan mereka di pusat-pusat kewangan itu.

Ia juga membolehkan golongan kaya di dunia menyembunyikan kekayaan mereka.

Dalam kes-kes tertentu, tindakan golongan kaya membuka akaun di pusat-pusat kewangan itu adalah untuk membayar cukai yang sedikit atau pun tidak langsung membayarnya di negara-negara mereka.

Antara yang terdapat dalam Kertas Pandora itu ialah e-mel-emel, memo-memo, rekod-rekod pemerbadanan, rekod-rekod pematuhan, dokumen-dokumen jualan saham milik syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan golongan kaya dan ‘orang ternama’ di dunia.

Fail-fail milik golongan kaya dan ‘orang ternama’ di dunia itu dibocorkan kepada Konsortium Wartawan-Wartawan Siasatan Antarabangsa (ICIJ) di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Ia kemudian berkongsi akses data tersebut dengan rakan-rakan media termasuk daripada akhbar Guardian, Perbadanan Penyiaran Brtish (BBC), Le Monde dan Washington Post.

Lebih 600 wartawan telah mengkaji fail-fail itu sebagai sebahagian daripada satu siasatan global antarabangsa yang dilakukan secara besar-besaran.

RAKYAT MALAYSIA

Tindakan ramai golongan kaya dan orang-orang ternama serta syarikat-syarikat yang menyimpan aset-aset di pusat-pusat kewangan luar pesisir pantai itu adalah dengan dengan tujuan utama untuk mengelak bayaran cukai di negara mereka.

Menyimpan aset-aset di pusat-pusat kewangan pesisir pantai itu merupakan aktiviti yang sah.

Antara nama-mana besar yang disebut-sebut dalan kertas Pandora itu ialah pemerintah Jordan, Raja Abdullah II, bekas Perdana Menteri UK, Tony Blair dan isterinya, serta Presiden Azerbaijan, Ilham Akliyev.

Seorang wanita yang dikaitkan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, Perdana Menteri Republik Czech, Andrej Babis, Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta dan enam anggota keluarganya serta menteri-menteri Kabinet Perdana Menteri Pakistan, Iman Khan turut disebut-sebut dalam Kertas Pandora itu.

Selebriti-selebriti seperti penyanyi Shakira, model dari Jerman, Claudia Schiffer, bekas pemain kriket India, Sachin Tendulkar dan perusuh Itali, Raffaele Amato turut terdapat dalam senarai tersebut.

Beberapa nama ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia turut disebut dalam Kertas Pandora itu antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa dan keluarga ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho. – Agensi

Skandal Ahli Politik, Ahli pernigaan & Selebriti Dunia. Pendedahan terbesar ‘Pandora Papers’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dikaitkan dengan pengarah syarikat luar pesisir, Tengku Zafrul rujuk peguam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker