Muhyiddin mula-mula ajar cara jatuhkan kerajaan
Muhyiddin mula-mula ajar cara jatuhkan kerajaan
Krisis politik negara yang tidak berkesudahan hari ini, kata A Kadir Jasin, boleh dianggap bertitik-tolak daripada tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, sebelum ini.
Mengulas krisis yang berlaku di Melaka sekarang, tokoh wartawan veteran itu berpendapat, bekas perdana menteri kelapan itulah yang ‘mengajar’ cara menjatuhkan sesebuah kerajaan.
Menyoroti langkah politik Muhyiddin khususnya selepas PRU ke-14, katanya, anggota parlimen Pagoh itu bersama “konco-konconya” itulah yang memulakan langkah dengan menjatuhkan kerajaan apabila Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan tahun lalu.
“Dia (Muhyiddin) pun naik jadi perdana menteri.
“Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno) ajar cara jatuhkan ketua kerajaan. Dia dan ‘Geng 15’ jatuhkan Muhyiddin dengan menarik balik sokongan. Perdana menteri dari Bersatu jatuh, perdana menteri dari Umno naik.
“Umno yang kalah pilihan raya kembali berkuasa. Bersatu dan PH yang kalahkan Umno (yang) terpelanting.
“Sekarang penyakit ini merebak ke negeri pula. Di Melaka, dua ahli dewan undangan negeri (Adun) dari Umno berpakat dengan seorang Adun Bersatu dan seorang Adun bebas (asalnya DAP) untuk jatuhkan kerajaan pimpinan Umno,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan empat Adun Melaka yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali sekali gus menyebabkan kerajaan negeri itu kehilangan majoriti.
Situasi yang berlaku di Melaka itu menurut Kadir, sama seperti Muhyiddin lakukan ketika menjatuhkan perdana menteri PH.
“Macam Muhyiddin dari Bersatu bersekongkol dengan Umno, PAS dan geng Azmin Ali menjatuhkan perdana menteri PH dari Bersatu.
“Cepat sungguh politikus Melayu-Islam belajar perkara tidak baik. Kalau di Perak yang jatuhkan menteri besar dari Bersatu ialah Umno, tapi di Melaka ia sudah sampai peringkat menjatuhkan ketua kerajaan daripada parti yang sama. Umno jatuhkan Umno,” katanya.
Justeru tambahnya, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga perlu berhati-hati dengan kedudukannya kerana dikhuatiri muncul pula ‘Dracula’ dalam Umno.
“Ismail Sabri mungkin selamat (atau berasa selamat) daripada konspirasi pembangkang kerana telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan PH.
“Tapi kena berhati-hati juga takut ada musuh dalam selimut yang ada gunting dalam lipatan di kalangan pemimpin Umno sendiri. Silap-silap terpotong tiang seri,” ujar Kadir.
Bagaimanapun tegasnya, perbuatan jatuh-menjatuhkan itu hanya boleh diterima dan dipertahankan jika tujuannya adalah menyingkirkan ketua kerajaan negeri atau persekutuan yang gagal mentadbir dengan baik apatah lagi korup, menyeleweng dan menyalahguna kuasa. Mk
Muhyiddin mula-mula ajar cara jatuhkan kerajaan
Baca Artikel Menarik :
- Kerajaan Melaka tumbang, 3 exco letak jawatan, tarik sokongan – Idris
- Projek HSR versi PN merugikan negara, Najib suarakan kebimbangan pada Kerajaan
- Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori
- Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video)
- Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara
- Raja Ilya kena kecam kerana terlalu ‘mendedah’
- Tony Fernandes a father again at 57
- Total war UMNO-Bersatu pasti berlaku dalam PRU-15
- Nanti ustaz marah ‘feeling’ lebih – Neelofa
- Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan
- Azmin ketuai parti baru?
Layari Laman Facebook MYKMU