MUDA tawar hapuskan kuota bumiputera di universiti

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menawarkan dua tawaran penyelesaian kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke arah menamatkan sistem kuota bumiputera dalam pendidikan tinggi.

Ia selepas kenyataan Anwar bahawa sitem kuota itu akan dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menyifatkan sistem kuota sedia ada untuk pelajar bumiputera sebagai tidak lagi relevan di zaman sekarang, Syed Saddiq mencadangkan agar ia diubah kepada sistem berdasarkan keperluan, di mana pelajar yang memerlukan dan layak akan diberi keutamaan tempat di IPT.



“Sistem berdasarkan keperluan tak akan menganaktirikan mereka yang datang daripada keluarga susah. Ini memastikan rakyat yang susah, tak kira agama dan bangsa, dapat pembelaan.

“Tidak atil untuk kita kata tiada orang susah dalam keluarga Cina dan India.

“Kami bukan melihat kepada kesamaan natijah, tetapi kesamaan peluang. Garis permulaan perlu adil.

“Sebab itu cara penilaian dalam proses pemilihan (untuk diterima ke IPT) perlu ambil kira semua faktor – sosioekonomi, tempat dan wilayah, kedudukan ibu bapa, kegiatan luar kokurikulum dan akademik,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Muda di Petaling Jaya, Selangor hari ini.



Dia turut mencadangkan agar sistem kuota sedia ada dibahaskan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan melibatkan kerajaan serta pembangkang.

Ahli parlimen Muar itu berkata pendekatan itu perlu untuk memastikan agar dasar dapat dilaksanakan bukan setakat dalam satu pentadbiran, tetapi diteruskan dalam pentadbiran-pentadbiran akan datang.

“Kita tetap hormat Perlembagaan Persekutuan tetapi perbahasan perlu berdasarkan fakta dan data.

“Mengapa ada golongan elit yang masih diberikan bantuan tetapi orang susah dan miskin ditinggalkan?



“Apa yang saya ingin katakan adalah dasar bersifat anjal dan boleh ditambah baik. Jika masalah sama tetap ada selepas beberapa dekad, apa yang diperlukan adalah perhatian dan minat yang sebenar-benarnya untuk mengubah dan memperbaharui dasar dan ia perlu dilakukan secara dwipartisan,” katanya lagi.

Menjawab soalan pelajar berkenaan sistem kuota dan meritokrasi dalam sistem pendidikan kebangsaan ketika program “Temu Anwar Kedah” dua hari lalu, perdana menteri berkata jika sistem itu tidak dikekalkan, ia akan menyebabkan ketidakseimbangan jumlah pelajar Melayu di IPT termasuk dalam jurusan tertentu.

Pada masa sama, dia berkata ia tidak bermakna tiada meritokrasi diamalkan dan jika ada pelajar dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera yang cemerlang, kerajaan perlu mencari kaedah untuk memberikan mereka peluang dan tidak disisihkan.

Dia juga berkata jika sistem kuota ditamatkan, ia akan menimbulkan ketegangan dan akan dijadikan sebagai isu dalam politik oleh pihak tertentu.



Kenyataan itu mengundang kritikan termasuk daripada Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting yang menyifatkannya sebagai langkah mundur yang menyebabkan masyarakat Cina berasa “tertipu”.

Dia juga mendakwa sistem kuota telah menyebabkan universiti di Malaysia tidak dapat meningkatkan kedudukannya di peringkat global.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul



Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker