Hanya kelicikan politik untuk kekalkan kuasa
DESAS desus telah kedengaran bahawa pilihan raya Presiden akan diadakan di Palestin. Sepatutnya pilihan raya telah diadakan tetapi ditangguhkan alasan keselamatan dan keamanan di Palestin.
Palestin tidak akan aman selagi mana Yahudi masih berada di bumi Palestin. Pilihan raya perlu diadakan segera setelah tertangguh. Populariti Abbas semakin menurun.
Beliau sudah tidak layak untuk mengetuai Palestin. Maka Abbas perlu mencari sesuatu isu yang boleh menjaga popularitinya di Palestin. Maka cara terbaik Abbas mesti menonjolkan perjuangannya untuk membentuk sebuah negara Palestin.
Lebih lebih lagi suasana rakyat Palestin yang terlalu mengharapkan sebuah negara untuk mereka. Abbas menjadikan isu ini untuk memulihkan populariti.
Teknik ini digunakan oleh sebahagian besar ahli politik untuk mengekalkan kuasa termasuk Malaysia. Mereka akan mencari isu utama yang disuarakan oleh rakyat.
Dengan isu tersebut, mereka akan mendakwa bahawa perjuangan mereka untuk bangsa dan agama. Abbas menggunakan isu penubuhan negara Palestin untuk menjaga populariti.
Sudah lama beliau berada di tampuk kuasa tetapi tidak berani bertegas dengan Yahudi. Apakah kali ini Abbas sudah insaf.
Perhatikan sejarah perjuangan Abbas dan hubungan baik dengan Yahudi. Bukan mudah untuk berubah. Ini hanya tipu helah Abbas untuk mengekalkan kuasa. Bila berkuasa ianya akan kembali seperti perjuangannnya sebelum ini.
Ustaz Sharipudin Abdul Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU