Laut China Selatan: Malaysia, China setuju komunikasi berterusan, terbuka

NANNING: Malaysia dan China bersetuju untuk mengadakan komunikasi berterusan dan terbuka berkenaan isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ia antara isu berkaitan Laut China Selatan yang dibincangkan semasa perjumpaannya dengan Premier China Li Qiang hari ini.

Anwar berkata Li juga menzahirkan sokongan pada “Asean Centrality” dalam menangani isu keselamatan antarabangsa di rantau ini, serta menyokong blok Asean yang bebas, termasuk berkait perseteruan antara Amerika Syarikat dan China.



Dalam pertemuan berkenaan, Anwar turut mengutarakan mengenai situasi Myanmar dan isu penghantaran balik pelarian Rohingya.

“Premier Li menghuraikan konsep ‘community for a shared future’ for mankind, yakni konsep yang menekankan prinsip keterbukaan, peradaban, keterangkuman, dan saling hormat-menghormati dalam menangani isu kerjasama dua hala, serantau, dan antarabangsa.

“Nilai ini konsisten dengan nilai-nilai dalam Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan sempena lawatan kerja beliau di China, untuk menghadiri China-Asean Expo ke-20.

Anwar juga berkata secara amnya Malaysia menyokong nilai-nilai universal dalam membasmi kemiskinan, memperjuangkan keadilan, dan pembangunan mampan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker