Azmin ketuai parti baru?

Azmin ketuai parti baru?

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menafikan khabar angin mengenai sebuah parti politik baru dikatakan bakal ditubuhkan oleh bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

“Desas-desus,” katanya kepada media hari ini.



Apabila ditanya lanjut sama ada jawapannya itu adalah penafian, Anggota Parlimen Ampang itu sebaliknya menjawab sekali lagi: “Desas-desuslah”.

Zuraida yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi memberi reaksi demikian dengan nada berseloroh ketika ditemui media sempena lawatannya ke Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu tersebar khabar angin mengenai perkara itu melalui media sosial yang antara lain menyebut parti itu akan diketuai Azmin.

Sebagai rekod Azmin yang kini menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga merangkap naib presiden Bersatu yang dilantik.



Sementara itu risikan Malaysiakini melalui beberapa sumber memberi gambaran perkara itu akan menjadi realiti.

Ia dikatakan akan dicetuskan menerusi pertubuhan Penggerak Komuniti Negara yang diterajui Azmin dan Zuraida.

Difahamkan, parti baru tersebut merupakan sebuah parti pelbagai kaum dan akan menjadi sebahagian kompenan Perikatan Nasional (PN) sekali gus menyokong kerajaan.

Selain itu pelancarannya secara rasmi dikatakan akan diadakan pada sekitar hujung tahun ini.



Zuraida adalah antara ahli parlimen dari PKR diketuai Azmin Ali yang bertindak keluar parti itu tahun lalu bagi menghalang peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Krisis politik yang dikenali sebagai Langkah Sheraton itu menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri dengan penubuhan kerajaan baru Perikatan Nasional (PN).

Azmin dan Zuraida kemudian menyertai Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin.

Bagaimanapun, jawatan Muhyiddin selaku perdana menteri tidak bertahan lama apabila Umno, yang merupakan sebahagian parti dalam PN menarik balik sokongan terhadapnya. Mk



Azmin ketuai parti baru?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker