Pemandu Myvi buang sampah, sekali disekolahkan doktor gigi

Pemandu Myvi buang sampah, sekali disekolahkan doktor gigi

Sejak semakin banyak daerah serta negeri mula masuk ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 dan 3, jalan raya sudah kembali sesak semula dengan kehadiran kenderaan-kenderaan. Sekaligus, menyebabkan orang ramai terpaksa menghadapi kesesakan lalu-lintas semasa waktu puncak.

Baru-baru ini tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki turun daripada kenderaan untuk ‘mengajar’ pemandu Myvi yang membuang kotak rokok di atas jalan raya semasa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas menunggu lampu isyarat merah.



Menurut lelaki ini yang merupakan seorang doktor gigi, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6 petang. Beliau ternampak pemandu di dalam kereta Myvi berwarna oren yang sudah ‘modified’ dengan selambanya membuang keluar kotak rokok daripada kereta tersebut.

Oleh kerana beliau berasa ‘kurang senang’ dengan tindakan pemandu Myvi tersebut, beliau segera keluar dari kenderaannya lalu mengutip kotak rokok di atas jalan raya tersebut.

Kemudian, beliau memasukkan semula kotak rokok itu ke dalam kereta Myvi sambil memberikan sedikit ‘pesanan’ kepada pemandu tersebut.



Video yang berdurasi sekitar 20 saat itu telah mendapat ratusan perkongsian serta komen daripada netizen yang memberikan sangat bersetuju dengan tindakan spontan doktor tersebut.

Rata-rata orang ramai memuji doktor itu kerana berani menegur perbuataan pemandu Myvi terbabit yang kurang bertanggungjawab terhadap kebersihan jalan raya awam.



Semoga video ini menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan jalan raya bersama-sama agar tidak menyukar pihak lain yang terpaksa membahayakan diri mereka untuk membersihkan sampah-sarap di atas jalan raya. Vc

Pemandu Myvi buang sampah, sekali disekolahkan doktor gigi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker