PM nak awak belajar bersungguh-sungguh
PM nak awak belajar bersungguh-sungguh
TUMPAT: Sebaik menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) baru-baru ini, perasaan Wan Nur Atierah Wan Mohd Nasrom bercampur-baur antara teruja dan sedih.
Remaja berusia 19 tahun dari Kampung Bendang Pulau di sini, itu resah memikirkan kemungkinan terpaksa menangguhkan sesi pendaftaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim berikutan kekangan kewangan yang dihadapi.
Ditawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda jurusan Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) dengan kepujian, beliau sepatutnya mendaftar pada 11 Oktober ini.
Bagaimanapun, Wan Nur Atierah nekad membuat rayuan penangguhan kemasukan kerana ingin mengumpul wang terlebih dahulu.
“Saya menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) Kopeladar di Wakaf Bharu selama sebulan setengah dengan bayaran RM50 sehari sebelum berhenti beberapa hari lalu untuk menumpukan perhatian kepada tawaran ini.
“Selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya tekad menangguhkan pendaftaran kerana ingin bekerja dahulu bagi mencari wang membiayai yuran pendaftaran yang agak tinggi bagi kami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Anak kedua daripada tiga beradik, Wan Nur Atierah yang tinggal bersama ibu, Hamsiah Muhammad, 46, dan adik lelaki berusia 18 tahun, menyifatkan mustahil baginya melanjutkan pengajian tanpa persediaan terutama dari segi kewangan.
Bekas penuntut Kolej Matrikulasi Arau, Perlis itu bercita-cita bergelar guru dan pernah menghadiri temu duga ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan UPSI tetapi tidak berjaya.
“Saya bercadang mendaftar diri tahun hadapan kerana ingin bekerja bagi mengumpul wang bagi bayaran pendaftaran berjumlah RM1,596.
“Emak saya ibu tunggal dan hidup kami bergantung sepenuhnya kepada adik lelaki yang bekerja sebagai mekanik dengan gaji RM600 sebulan,” katanya.
Kebimbangannya bernoktah apabila Wan Nur Atierah menerima kunjungan wakil Pejabat Perdana Menteri bersama sumbangan peribadi Datuk Seri Ismail Sabri yang disampaikan oleh pegawai khas Perdana Menteri, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Zulkifli Abdullah dan Ketua Wanita UMNO Tumpat, Nik Noriza Nik Salleh.
Wan Nur Atierah yang seakan tidak percaya dengan perhatian dan keprihatinan pemimpin nombor satu negara itu, turut menjawab panggilan video daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad yang menghubungi Wan Khairul Ihsan.
Antara lain, Syed Mohd Fazmi menitipkan pesanan Ismail Sabri supaya Wan Nur Atierah belajar bersungguh-sungguh dan memanfaatkan peluang melanjutkan pengajian ke universiti.
Bagai kehilangan kata-kata, remaja itu hanya mampu mengucapkan terima kasih beberapa kali dan meluahkan kelegaan kerana bakal menjejakkan kaki ke menara gading tanpa perlu memikirkan masalah kewangan.
“Alhamdulillah, saya tak perlu bimbang memikirkan soal biaya. Terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri atas sumbangan yang tidak disangka-sangka ini,” katanya.
Sementara itu, Nik Noriza yang berhubung dengan wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut berkongsi berita gembira bahawa kos pengajian remaja itu akan ditanggung untuk satu semester.
“Kami menyarankan Wan Nur Atierah membuat permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan berharap pihak UPSI mempertimbangkan bantuan derma siswa kepadanya,” katanya.
BH
PM nak awak belajar bersungguh-sungguh
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.