Parti politik di negeri perlu elak situasi kelam-kabut – Mahdzir

Parti politik di negeri perlu elak situasi kelam-kabut – Mahdzir

Seluruh kepemimpinan parti politik membabitkan kerajaan dan pembangkang perlu menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani di peringkat Pusat bagi mengelakkan berlaku suasana ‘kelam-kabut’ politik seperti yang berlaku di Melaka ketika ini.

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid, berkata ahli politik yang terbabit dalam gerakan menukar kepemimpinan kerajaan negeri Melaka dinasihatkan tidak tergesa-gesa bertindak melompat parti untuk mengelakkan krisis politik tidak berkesudahan.



“Kita dengar titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk kita menstabilkan keadaan politik, (supaya) membolehkan tumpuan kerajaan kepada pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi. Kita dengar apa yang dititahkan itu agar wujudkan ‘collaboration’ (kerjasama dalam politik),” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan ahli politik berkenaan memikirkan yang terbaik khususnya untuk mengekalkan kepemimpinan kerajaan negeri sedia ada yang diketuai Ketua Menteri Sulaiman Md Ali kerana Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

Kerajaan negeri Melaka dikatakan bergolak ekoran dakwaan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada kerajaan sekarang difahamkan mahu meninggalkan blok berkenaan.

Susulan perkembangan itu, kerajaan negeri yang dibentuk hasil gabungan Umno, Bersatu, dan wakil rakyat Bebas pada Mac tahun lalu, kini berada dalam krisis.



Blok kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala pembangkang pula 11 kerusi. FMT

Parti politik di negeri perlu elak situasi kelam-kabut – Mahdzir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker