Bapa Sherie Merlis meninggal dunia

Bapa Sherie Merlis meninggal dunia

Bapa pelakon Sherie Merlis iaitu Wan Zainal Abidin Wan Kassim, 75, meninggal dunia pada jam 9.30 pagi, hari ini di sebuah hospital, di sini, akibat serangan jantung.

Sherie, 48, berkata, Allahyarham bapanya yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran pada 26 September lalu dikejarkan ke hospital oleh adiknya pada jam 5 pagi hari ini selepas mengadu sakit dada. “Doktor memaklumkan keadaan abah sudah okey dan stabil. Namun, abah meninggal dunia pada jam 9.30 pagi dalam keadaan tenang semasa tidur.

“Doktor maklumkan semua sistem dalam tubuhnya gagal berfungsi dan pihak hospital sudah cuba lakukan rawatan pernafasan (CPR) selama 15 minit,” katanya.

Sherie meminta semua peminat, pengikut dan mereka yang mengenalinya mendoakan dipermudahkan segala urusan dia dan keluarganya. HM

Bapa Sherie Merlis meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker