Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Januari ini

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Januari ini

UMNO menetapkan Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan diadakan pada tahun hadapan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Januari 2022.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Katanya, mesyuarat itu turut memutuskan persidangan UMNO Cawangan akan diadakan daripada 15 Oktober hingga 30 November ini.

“Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian pula diadakan secara serentak seluruh negara bermula 11 hingga 12 Disember.

“Bagi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, ia akan diadakan secara serentak seluruh negara pada 18 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Maslan, semua mesyuarat tidak diadakan pemilihan jawatan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sudah bersetuju mengenai penangguhan pemilihan parti sehingga 29 Disember 2022.

“Mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dengan maya mengikut situasi COVID-19 di kawasan masing-masing.

“Kehadiran mesyuarat adalah dengan korum minimum satu perempat daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada satu perempat asalkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing,” katanya.

UMNO sebelum ini dilaporkan menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu. BH

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Januari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker