Lebih ramai orang Cina sokong Umno daripada DAP, kata kajian terbaru

PETALING JAYA: Kajian pendapat terbaru mendapati Umno memperoleh lebih banyak sokongan daripada responden Cina berbanding DAP, yang lazimnya menikmati sokongan baik dalam kalangan komuniti itu.

Dapatan yang dikeluarkan hari ini daripada kajian Emir Research pada Ogos melibatkan lebih 2,000 responden menunjukkan Umno mendapat sokongan tertinggi sebanyak 42.8% berbanding parti lain, jauh mengatasi PAS dan PPBM yang masing-masing memperoleh 15.5% dan 8.5% sokongan.

Berdasarkan pecahan demografi pula, Umno menikmati sokongan yang konsisten dengan 25% responden Cina menyokong parti itu.

Ini berbanding dengan hanya 17% daripada responden Cina memilih DAP sebagai parti yang disokong. Parti itu hanya memperoleh 1% sokongan daripada responden Melayu.

DAP merupakan kelompok yang mendapat sokongan ke-2 paling tinggi dalam kalangan orang Cina, diikuti oleh bebas dan MCA.

Ketika ditanya tentang faktor paling penting yang menentukan sokongan mereka, 29% reponden berkata, ia berkait dengan kecenderungan peribadi.

Ia diiikuti rapat oleh faktor kesetiaan parti dan keselesaan terhadap ahli politik tertentu yang masing-masing mencatatkan 25% dan 24%. FMT

Tinjauan: Hampir separuh orang bekerja sendiri hilang pekerjaan semasa PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker