Kebakaran rumah kedai: 2 pekerja pejabat guaman dikhuatiri terperangkap

Kebakaran rumah kedai: 2 pekerja pejabat guaman dikhuatiri terperangkap

Kebakaran rumah kedai: 2 pekerja pejabat guaman dikhuatiri terperangkap
Pasukan bomba memadamkan kebakaran membabitkan rumah kedai di Lebuh King di sini, dengan dua mangsa dikhuatiri terperangkap. – NSTP/ Zuhainy Zulkiffli

GEORGETOWN: Dua pekerja sebuah pejabat guaman dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran membabitkan rumah kedai dua tingkat di Lebuh King di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata maklumat awal diterima memaklumkan dua mangsa terperangkap dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata maklumat lanjut akan dikemas kini memandangkan operasi pemadaman masih berjalan.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 12.14 tengah hari, dengan dibantu BBP Jalan Perak dan pasukan bomba sukarela berhampiran.

“Api berjaya dikawal dan anggaran peratusan kemusnahan 70 peratus,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf


Sementara itu, pekerja di premis berkenaan memaklumkan dia baharu sahaja keluar dari pejabat bagi makan tengah hari sebelum menerima panggilan mengenai kejadian itu.

Kebakaran rumah kedai: 2 pekerja pejabat guaman dikhuatiri terperangkap

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker