Pembayaran Kompaun Bukan Bermakna Ahmad Maslan Mengaku Bersalah

Oleh Nurul Aisyah

SEBENARNYA semua pihak tahu bahawa dana yang disalurkan kepada Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi, dan bukannya dana haram. Namun pihak musuh politik beliau manipulasikan fakta ketika mereka berkuasa dengan membuat tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ahmad Maslan daripada dua pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas timbalan pendakwa raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad.

Ahli parlimen Pontian berkenaan bersetuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta semalam. Persetujuan yang dicapai membolehkan kes dapat diselesaikan dengan baik. Kes mahkamah Ahmad Maslan gugur selepas beliau membuat pembayaran kompaun hasil dari pinjaman daripada para sahabat.

Disamping itu, Datuk Seri Najib menegaskan bahawa dana kepada Ahmad Maslan adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi, dan bukannya dana haram. Pembebasan Ahmad daripada pertuduhan dihadapinya itu membuktikan pihak pendakwaan yakin akan tewas jika kes berkenaan diteruskan.

Malah SPR turut mengesahkan Ahmad Maslan tidak terlucut kelayakannya sebagai ahli parlimen malah boleh kekal bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang meskipun dia membayar kompaun tersebut.

Dengan ini secara rasmi Ahmad Maslan sudah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mahkamah,.

Untuk makluman, pembayaran kompaun tersebut bukanlah bermakna Ahmad Maslan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker