Penyanyi ‘I Believe I Can Fly’ R. Kelly Bersalah Mencabul

Penyanyi ‘I Believe I Can Fly’ R. Kelly Bersalah Mencabul

NEW YORK: Penyanyi terkenal era 90-an, R. Kelly didapati bersalah pada Isnin atas tuduhan mencabul.

Kelly menghadapi tuduhan menjalankan kegiatan jenayah yang berpusat di Chicago dengan menjadikan mangsa untuk tujuan seks secara paksa selain penderaan mental.

Kelly menghadapi kemungkinan dipenjara selama beberapa dekad atas jenayah itu.

Hukuman dijadual diputuskan pada 4 Mei depan.

Kes di New York itu hanyalah sebahagian daripada pertuduhan yang dihadapi penyanyi yang terkenal dengan lagu “I Believe I Can Fly” yang diterbitkan pada 1996.

Dia juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkaitan seks di Illinois dan Minnesota.

Tarikh perbicaraan dalam kes tersebut belum ditetapkan.

Kelly atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly telah dipenjarakan tanpa jaminan sejak tahun 2019.-Mirror

Penyanyi ‘I Believe I Can Fly’ R. Kelly Bersalah Mencabul


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Suami cerai isteri kerana malas mandi

Israel mesti dipertanggungjawab dan bertanggungjawab – Ismail

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker