Menilai Pemandu Kepada Faktor Umur Boleh Menimbulkan Diskriminasi – Zahid

Menilai Pemandu Kepada Faktor Umur Boleh Menimbulkan Diskriminasi – Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa menilai pemandu hanya bersandarkan kepada faktor umur atau merujuk kepada kes terpencil boleh menimbulkan diskriminasi.

Katanya, banyak lagi faktor kemalangan jalan raya yang lebih wajar diberi perhatian termasuk sikap gemar memandu secara melulu.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, kata beliau ramai pemandu warga emas yang menunjukkan kecekapan dalam pemanduan berbanding orang muda.

“Bagi saya bukan sahaja cekap, malah kebiasaannya lebih berhemah dan berhati-hati di atas jalan raya. Mereka juga kebiasaannya tidak rushing atau terkejar-kejar ketika memandu kerana sudah kurang sarat dengan pelbagai urusan harian.

“Kebiasaan juga bagi warga emas yang sudah tidak larat memandu tidak lagi memandu kerana tahu risikonya malah hli keluarga juga akan melarang. Inilah keprihatinan Keluarga Malaysia yang sudah lama dipraktikkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi begitu juga dengan perbuatan memandu di bawah pengaruh arak atau dadah malah langkah tegas ke atas pemandu seperti ini dialu-alukan.

“Bagaimanapun jika benar mahu diwajibkan pemeriksaan kesihatan perlulah dengan pendekatan yang tidak menyulitkan.

“Jangan menyusahkan warga emas kita dengan pelbagai prosedur yang membebankan mereka. Mungkin diwujudkan juga mekanisme bagi mengenal pasti warga emas yang bagaimana perlu menjalani pemeriksaan.

“Sebagai contoh berdasarkan rekod kesalahan trafik untuk mengetahui sama ia disebabkan oleh faktor kesihatan. Agar hanya warga emas yang betul-betul berisiko terlibat kemalangan atas faktor kesihatan dilarang daripada memandu,” ujar beliau. MG

Menilai Pemandu Kepada Faktor Umur Boleh Menimbulkan Diskriminasi – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker