Kematian di rumah melebihi 5,000 kes

Kematian di rumah melebihi 5,000 kes

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 90 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 89 kes sebelum ia berubah kepada 110 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku peningkatan, sebanyak 278 kes berbanding kelmarin, 228 kes.

Jumlah kematian menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 25,437 kes.

Sebanyak 99 daripada 278 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 5,022 kes.

Sebanyak 1,050 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 582 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 9,793 orang.

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 113 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), lapan kes diikuti Johor (32/20), Sabah (22/12), Kelantan (11/6), Kedah (27/7), Perak (5/6), Sarawak (11/6), Pulau Pinang (31/13), Terengganu (5/2), Melaka (4/3), Pahang (4/4), Kuala Lumpur (12/2), Negeri Sembilan (1/1) dan Perlis (0/1).

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 13,104 kes berbanding kelmarin, 13,899 kes sekali gus diatasi 20,971 kes sembuh.

“Tempat kerja dan komuniti terus menjadi penyumbang yang konsisten dengan masing-masing enam kluster daripada 12 kluster Covid,” katanya. Utusan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker