Isu Kehilangan RM25 juta wang bahan bukti, “Penyamun Anak Emas” Kebal Dalam SPRM?

Oleh Nurul Aisyah

ISU kehilangan RM25 juta wang bahan bukti bukan isu kecil. Tambahan pula, ianya melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia(SPRM) satu badan yang sepatutnya mempunyai kredibiliti yang tinggi.

Team MYKMU agak terkejut dengan pendedahan berkenaan salah seorang pegawai SPRM, yang ditahan susulan kehilangan RM25 juta wang bahan bukti yang disifatkan sebagai “bermasalah” tetapi rapat dengan orang ternama.



Menurut sumber , pegawai tersebut memang diketahui bermasalah. Perkara ini didedahkan oleh sumber-sumber, termasuk bekas pegawai kanan, yang mengetahui berkaitan selok-belok dalam suruhanjaya itu.

“Kami ada nickname untuk dia – penyamun anak emas.”

Perkara ini dilihat sangat tidak adil kepada banyak pihak. Hanya kerana pegawai tersebut rapat dengan orang ternama maka beliau sewenang-wenangnya melakukan jenayah tanpa sebarang kegusaran. Persoalannya siapakah orang ternama itu? Perkara ini perlu disiasat dengan terperinci. Pihak tang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan.

SPRM sebelum ini menahan tiga pegawainya selepas bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid dikatakan membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas dalam siasatan terhadapnya pada 2018 hilang.



Tiga anggota SPRM yang menjadi suspek berkhidmat dalam unit siastan khas yang mengendalikan kes Hasanah. Malah menurut sumber dalaman mendakwa salah seorang daripada suspek juga disiasat dalam kes lain.

Pegawai itu katanya “tidak boleh disentuh” susulan hubungannya dengan orang ternama. Wang bahan bukti 25juta yang hilang itu pula hanya sedikit berbanding jumlah wang bukti lain yang digelapkan oleh pegawai tersebut. Benarkah?

“Kita dengar ada benda lain lagi (yang melibatkan suspek SPRM). Kalau polis siasat kes ini, saya percaya semua akan jadi huru-hara,” kata sumber.

“Ini yang akan jadi bila ada ‘anak emas’ tapi gagal pantau dan ambil tindakan (apabila mereka melanggar undang-undang),” kata sumber lain, yang merupakan pesara pegawai SPRM.



Khamis lalu, polis berkata mereka menahan salah seorang daripada tiga suspek untuk membantu siasatan berhubung kes berasingan bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah.

Individu berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 8 (a) yang menetapkan kesalahan memiliki senjata api atau peluru, dan Seksyen 36 Akta yang sama yang menangani kesalahan yang berkaitan dengan senjata api palsu.

Menurut sumber, suspek mempunyai lesen untuk pistol tetapi didakwa didapati memiliki beberapa ratus peluru 9mm, yang melebihi jumlah yang dibenarkan. Ini bermakna pegawai SPRM tersebut merupakan individu yang boleh mengancam keselamatan rakyat.

Pengarah CID Persekutuan Abd Jalil Hassan berkata dua kertas siasatan dibuka terhadap suspek. Team Mykmu berharap pegawai berkenaan tidak terlepas dari jenayah yang beliau lakukan. Keadilan terhadap mangsa perlu ditegakkan bagi memulihkan kredibiliti SPRM semula.



 

Baca : https://mykmu.net/2021/09/20/polis-nafi-terima-laporan-sprm-sahkan-tahan-3-pegawainya/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker