278 kematian Covid-19 dilapor semalam

278 kematian Covid-19 dilapor semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 278 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 99 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah angka 25,437.



Kes kematian paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 113 kes, diikuti Johor (32), Pulau Pinang (31), Kedah (27), Sabah (22), Kuala Lumpur (12), Kelantan (11), Sarawak (11), Perak (5), Terengganu (5), Pahang (4), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (1).

Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 189,289 kes aktif direkodkan termasuk 1,058 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 580 memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 1,058 pesakit dirawat di Unit Rawatan rapi, dengan 580 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.



Sebanyak 20,971 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini mencecah angka 2,198,235. FMT

278 kematian Covid-19 dilapor semalam


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker