Wajah bayi 10 minggu dipenuhi calar selepas pulang dari taska

Luluh hati seorang ibu dari Australia apabila mendapati wajah bayinya yang berusia 10 minggu dipenuhi dengan kesan luka calar selepas pulang dari sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska), lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Rachel, berkongsi gambar kecederaan anaknya, Noah dan mendapati terdapat lebih 20 kesan calar di mukanya.

Wanita itu memberitahu saluran berita tempatan bahawa dia meninggalkan Noah di pusat jagaan kanak-kanak Only About Children, di mana kakitangan memberitahunya bahawa bayi tersebut telah dicakar oleh kanak-kanak lain.



Dalam temu bual dengan 9News, dia mendakap Noah dalam pelukannya dan menunjukkan tanda merah serta calar di pipi dan dahi bayi itu.

“Ia adalah perkara mengerikan yang boleh berlaku kepada anak lelaki kami. Kejadian ini tidak dapat diterima. Mereka (pihak pengurusan pusat asuhan) memberitahu bahawa perkara itu berlaku secara tidak sengaja tetapi kami tidak boleh menerima penjelasan tersebut.

“Lebih 20 calar di muka Noah, bagaimana ini boleh berlaku secara tidak sengaja?” solanya.

Taska itu kemudian mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu untuk menjawab kejadian itu dengan berkata: “Selepas kejadian itu dan semasa dalam pemulihan, Noah dijangka pulih sepenuhnya dan kami terus menawarkan penjagaan serta sokongan kewangan.”



Jurucakap tersebut turut mengesahkan kejadian itu telah dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?



Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker