Lagi Mangsa Macau Scam Guna Nama LHDNM

Baru-baru ini LHDN mengingatkan tentang penipuan Macau Scam menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kebetulan beberapa hari kemudian polis Johor memaklumkan menerima laporan seorang wanita warga emas kerugian lebih RM1 juta akibat sindiket penipuan itu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, wanita itu menjadi mangsa selepas menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai pegawai LHDNM.

Lelaki yang menyamar sebagai pegawai LHDN itu memaklumkan konon mangsa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram awal bulan ini.

Panggilan itu disambungkan kepada seorang lagi individu lelaki yang menyamar sebagai seorang pegawai polis dengan memperkenalkan diri sebagai Mr. Yong.

Mangsa yang ketakutan mengikut arahan diberikan sebelum membuka satu akaun bank, selain memberi nombor siri kad ATM dan nombor pin akaun kepada suspek.

Seterusnya memindahkan wang sebanyak RM1,032,513.65 daripada beberapa akaun miliknya ke dalam akaun terbabit selain turut memberi nombor TAC kepada suspek.

Apapun inilah antara modus operandi Macau Scam. Oleh itu, semua pihak perlu sentiasa berhati-hati dengan sindiket penipuan menggunakan nama LHDNM ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker