Bantal yang laris 2021, tidur lena

Bantal yang laris 2021, tidur lena

SECARA purata, manusia menghabiskan masa selama 26 tahun untuk tidur bersamaan enam tahun usaha untuk memastikan dapat tidur.

Dalam tempoh tersebut, kita sebenarnya boleh memastikan tidur yang berkualiti berdasarkan pemilihan tilam dan bantal yang dapat menghilangkan rasa penat setiap malam.



Berikut disenaraikan bantal terbaik bagi tahun 2021 yang dijual di United Kingdom beserta harga yang ditawarkan berdasarkan laporan mornings.co.uk.

Bantal Panda Bamboo – Paling terbaik secara keseluruhan

Semua bahan yang digunakan bagi menghasilkan bantal ini adalah jenis hypoallergenic dan bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya.



Hypoallergenic adalah label yang biasanya dipakai untuk menyatakan kandungan yang terdapat pada suatu produk tidak mudah dihinggapi penyakit yang menyebabkan reaksi alergi atau gatal-gatal pada kulit.

Buluh adalah material utama yang digunakan bagi menghasilkan bantal ini yang secara semula jadi anti bakteria, sekali gus sesuai bagi sesiapa yang mempunyai masalah alahan seperti kulit sensitif.

Bantal The Emma – boleh laras terbaik



Memberikan kebebasan kepada pengguna untuk mengubah struktur bantal ini mengikut gaya tidur yang dikehendaki.

Bantal ini mengandungi tiga lapisan yang boleh disesuaikan, memberikan sokongan tanpa pemberat dan membuatkan anda berasa sejuk sepanjang malam.

Bantal Simba Hybrid Stratos -penyejukan terbaik



Bantal jenis ini mempunyai ruang yang memiliki teknologi fabrik yang diilhamkan oleh ruang yang boleh mengatur suhu, sementara jaring yang terdapat di dalamnya memaksimumkan aliran udara sepanjang malam.

Gabungan itu menjamin tidur yang nyenyak tanpa berpeluh atau rasa tidak selesa berlebihan.

Reka bentuk inovatifnya merangkumi teknologi kiub nano, yang menjadikan bantal dapat disesuaikan dengan tempat tidur.

Hungarian Goose Down – pilihan mewah terbaik



Bukan sahaja mesra alam, tetapi bantal jenis ini sangat bersih dan hypoallergenic, sesiapa sahaja boleh menggunakan bantal ini tanpa mengira alergi yang dialami.

Reka bentuknya terdiri daripada 90 peratus bulu, dengan permukaan kelihatan mewah bagi menjamin tidur yang selesa.

Silentnight Just Like Down– Mesra bajet



Merupakan pilihan terbaik bagi sesiapa yang mempunyai bajet yang terhad.

Bantal jenis ini memiliki penutup microfiber premium dan rasa hollow fibre yang sangat lembut yang memberikan sokongan serta keselesaan sepanjang malam.

Reka bentuknya sesuai dengan semua posisi tidur, menjadikan pilihan tanpa gangguan bagi mereka yang kerap tidur lebih daripada satu posisi.

Sangat sesuai bagi sesiapa sahaja yang mengalami masalah alergi dan menyukai reka bentuk hypoallergenic.

JENIS BANTAL – HARGA – CIRI – JAMINAN

Panda Bamboo
45 pound (RM258)
Sederhana empuk
10 tahun

The Emma
62 pound (RM356)
Empuk
10 tahun

Simba Hybrid
99 pound (RM568)
Sederhana lembut
1 tahun

Hungarian Goose Down
100 pound (RM574)
Sangat empuk
5 tahun

Silentnight Just Like Down
16 pound (RM91)
Sederhana empuk
2 tahun

EveSleep The Snuggle
49 pound (RM281)
Lembut dan anjal
3 tahun

John Lewis & Partners Quilted Top Hybrid
80 pound (RM459)
Sederhana empuk
2 tahun

Tempur Comfort
90 pound (RM517)
Empuk
Ekstra lembut
3 tahun

Silentnight Eco Comfort
35 pound (RM201)
Empuk
2 tahun

The Original Easy Sleeper
30 pound (RM172)
Empuk
1 tahun

SpineAlign
110 pound (RM632)
Empuk
5 tahun

Bantal yang laris 2021, tidur lena


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fat Leonard dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker