Empat pekerja pembersihan TM tersesat di Banjaran Titiwangsa selamat

Empat pekerja pembersihan TM tersesat di Banjaran Titiwangsa selamat

GERIK: Empat pekerja pembersihan kawasan menara Telekom Malaysia Berhad (TM) di Banjaran Titiwangsa dekat sini, yang tersesat malam tadi, berjaya turun dengan selamat pagi ini.

Kesemua mereka berjaya turun sendiri ke tepi jalan besar, kira-kira jam 9 pagi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima maklumat pada jam 10.53 malam tadi mengenai empat pekerja itu.

Mereka dikatakan tersesat ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan.

Katanya, mangsa berjaya dihubungi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dengan bantuan anggota dari BBP Pengkalan Hulu memulakan operasi untuk menyelamatkan mereka.

“Kesemua mangsa telah turun dengan sendiri tanpa bantuan pihak bomba pada jam 9 pagi di tepi jalan besar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka juga berada dalam keadaan selamat.-Awani

Empat pekerja pembersihan TM tersesat di Banjaran Titiwangsa selamat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker