Servis ShopeeFood bermula Jumaat ini

Servis ShopeeFood bermula Jumaat ini

Platform e-dagang Shopee meluaskan penawaran perkhidmatannya dengan menambah servis penghantaran makanan, ShopeeFood yang boleh diakses di halaman utama aplikasi Shopee.

Kemudahan baharu yang bakal dilancarkan secara berperingkat itu akan tersedia buat lebih lapan juta penduduk di Lembah Klang bermula 24 September.

Ia akan menyediakan akses kepada pelbagai menu daripada jenama popular seperti A&W, Burger King, Nando’s, Starbucks dan Tealive, selain gerai tempatan.

Ketua Pegawai Operasi di Shopee Terence Pang berkata, pihaknya berbesar hati untuk menambah servis penghantaran makanan sebagai sebahagian daripada pengalaman di Shopee.

“Perkhidmatan baharu ini membolehkan peniaga makanan dan minuman untuk berpindah ke atas talian bagi menjangkau lebih ramai pe­langgan, sekali gus memacu pertumbuhan jangka panjang golongan ini.

“Syarikat berharap pengguna dan rakan niaga kami akan menikmati servis ini dan Sho­pee akan terus menaik taraf platform serta perkhidmatan kami agar dapat memenuhi keperluan semua pelanggan dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena pelancaran, Sho­peeFood akan memberi baucar penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM0 dan baucar diskaun bernilai sehingga RM8 kepada pengguna. K Online

Servis ShopeeFood bermula Jumaat ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker