Kerajaan Wajar Turunkan Lagi Harga Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 – Zahid

Kerajaan Wajar Turunkan Lagi Harga Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan wajar berusaha menurunkan lagi harga kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) di pasaran dengan mencari mekanisme terbaik dan menang-menang untuk direalisasikan secepat mungkin.

Ujarnya, kerajaan tidak perlu menunggu sehingga penghujung tahun sebaliknya perlu ada kaedah yang dapat dipersetujui peniaga.

“Harga runcit maksimum bagi kit ujian tersebut masih tinggi bagi sebilangan keluarga.

“Dalam keadaan ekonomi semasa, harga RM19.90 agak membebankan terutama mereka yang punyai ramai ahli keluarga.

“Saya percaya anggota masyarakat mahu lebih kerap melakukan ujian kendiri ke atas diri dan keluarga pada waktu ini,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu terbabit menerusi laman facebooknya.

Ujar Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), pada waktu kebanyakan sektor ekonomi dan sosial dibuka memerlukan rakyat kembali bergerak ke sana ke sini sedangkan
situasi semasa jangkitan kes COVID-19 masih tinggi lima angka saban hari.

“Sebilangan murid dan pelajar sekolah juga akan kembali ke sekolah bermula 3 Oktober ini.”

Sekurang-kurangnya kata beliau, dengan bekalan kit ujian kendiri COVID-19 sentiasa ada pada rakyat memudahkan mereka memantau tahap kesihatan diri.

“Secara tidak langsung dapat membantu mengekang penularan COVID-19 yang masih mengganas ketika ini,” katanya lagi. UMNO Online

Kerajaan Wajar Turunkan Lagi Harga Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker