90 peratus IPT sedia teruskan PdP dalam talian – Noraini

90 peratus IPT sedia teruskan PdP dalam talian – Noraini

Sebanyak 90 peratus institusi pengajian tinggi (IPT) bersedia untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian sewaktu pasca Covid-19.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kementerian selaras dengan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus sebelum ini.

Bagaimanapun menurut beliau, kajian mendalam akan dijalankan untuk melihat semula struktur yuran secara keseluruhan pengajian berdasarkan dapatan positif terhadap kualiti PdP dalam talian yang dijalankan.

“Ia juga diharapkan dapat memberi fleksibiliti terhadap pengambilan pelajar mengikut kesesuaian program dan sudah semestinya akan meningkatkan pengambilan pelajar.

“Dapatan kajian ini juga akan menjadi salah satu input yang akan digunakan kepada kita dalam merangka hala tuju pendidikan tinggi negara pasca pandemik Covid-19,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (PH) sama ada kementerian ada menjalankan kajian berkenaan kesan pembelajaran dalam talian terhadap kualiti graduan dan kadar pengangguran sewaktu pandemik.

Sementara itu, Noraini berkata, kementerian dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis e-Pmbelajaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga sedang menjalankan kajian kualiti PdP dalam talian semasa pandemik Covid-19.

Kajian itu mula dijalankan pada 15 November tahun lalu dan kini berada di peringkat akhir, dengan objektif utama adalah mengenal pasti faktor mempengaruhi kualiti pembelajaran dalam talian, keberkesanan dan kesediaan pelajar, tenaga pengajar IPT untuk meneruskan PdP.

“Terdapat empat kategori responden iaitu pelajar, tenaga pengjar, kakitangan sokongan dan governan IPT. Dari perspektif pelajar, kajian memfokuskan kepada kesediaan dan penerimaan pelajar. Kajian juga mengukur aspek tahap kesediaan pelajar menjalani pembelajaran kendiri, keberkesanan infrastruktur dan komunikasi dalam talian serta kawalan diri dan motivasi pelajar.

“Sebahagian daripada dapatan awal kajian menunjukkan bahawa 92.82 peratus IPT mempunyai sistem pengurusan pembelajaran, dan daripada jumlah tersebut 62.2 peratus membangunkan sistem sendiri, selebihnya menggunakan perkhidmatan luar,” katanya.

Daripada segi kesan terhadap emosi pelajar, Noraini berkata dapatan awal kajian menunjukkan 78.4 peratus pelajar tidak merasa tertekan dengan PdP dalam talian.

“Dapatan awal ini akan digunakan untuk menghasilkan satu kertas putih terhadap masa depan pembelajaran dalam talian di peringkat pendidikan dan ia bakal membantu institusi menambah baik pelaksanaan dan kualiti pembelajaran dalam talian dan ianya dijangka diterbit pada November depan,” katanya. MG

90 peratus IPT sedia teruskan PdP dalam talian – Noraini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker