Bencana kepala air Jerai, Takdir Allah atau kerakusan manusia, Mana yang betul?

Oleh Nurul Aisyah

MEMANG mudah menyalahkan segalanya kepada takdir Allah. Manusia diberi akal fikiran untuk memilih dan membuat keputusan yang betul. Jika nafsu menguasai akal maka mereka akan hilang pertimbangan dan menyebabkan kerosakan di atas muka bumi ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat bahawa bencana kepala air di kawasan sekitar Gunung Jerai, Yan baru-baru ini sebagai takdir Allah.



“Kita amat dukacita dengan bencana yang berlaku.

“This is an act of god. Satu takdir Allah,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, pagi tadi

Dia menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sabri Azit (Jerai) mengenai kerosakan jalan-jalan ke Gunung Jerai yang masih tidak selamat.

‘Bagaimana kamu tahu, soal Anwar’



“Masalah alam sekitar ini jangan salahkan tuhan. Ini pun masalah mantan menteri kerja raya dulu. Bila ada kerobohan, (jawab) perbuatan tuhan.

“Bagaimana kamu tahu perbuatan tuhan, bila manusia itu rakus dan merosakkan balak,” katanya.

Memetik sumber, Takiyuddin menafikan terdapat aktiviti pembalakan di kawasan sekitar. Beliau menjelaskan Jerai ini ialah satu kawasan yang telah diisytihar sebagai “National Geo Park of Jerai”. Atas status ini aktiviti pembalakan memang tidak dijalankan di kawasan tersebut.

“Jerai terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Muda yang keluasannya 106,000 hektar yang mana 12%, iaitu 12,270 hektar merupakan kawasan perlindungan… 80% boleh diusaha hasil.



“Namun, saya mendapat pengesahan daripada kerajaan Kedah, sejak kebelakangan ini terutamanya tiga tahun kemudian, ia diputuskan tidak diberi lesen usaha hasil walaupun sejak 2014 hingga 2019 sebanyak 25,000 hektar telah diluluskan lesen untuk membalak di dalam HKS Kedah tapi hutan kekal tidak dibalak langsung,” katanya.

Katanya, perkara itu boleh dilihat daripada kesan banjir apabila batang yang dihanyutkan bersekali dengan akarnya.

“Ini menunjukkan tiada pembalakan di kawasan Jerai. Ini sebutnya takdir Allah. Perbuatan Tuhan,” tambahnya.

Pada 18 Ogos, fenomena kepala air secara mengejut di kawasan sekitar Gunung Jerai menyebabkan banjir meragut empat nyawa.



Siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti samada wujud pembalakan haram di kawasan tersebut. Memang tiada sebarang lesen dikeluarkan namun benarkah tiada sebarang aktiviti pembalakan haram?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker