Ubai, Shila Amzah bincang tarikh sesuai

Ubai, Shila Amzah bincang tarikh sesuai

Pempengaruh TikTok, Ubai mengesahkan bahawa cincin yang diberikan kepada kekasihnya yang juga penyanyi Shila Amzah adalah sebagai tanda untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, tarikh untuk sebarang majlis masih belum ditentukan.



“Insya-Allah, cincin itu sebagai tanda untuk ke fasa seterusnya. Bila dah beli cincin, maksudnya saya serius (dalam hubungan).

“Kalau mengenai tarikh, belum tahu lagi sebab kami masih dalam perbincangan untuk tentukan tarikh yang sesuai,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ubai, dia dan Shila akan mengikut proses adat bermula daripada proses merisik.

“Kami akan melalui proses mengikut adat seperti merisik, bertunang sehinggalah hari bahagia kami. Tapi, semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.



Berkongsi mengenai keadaan Shila yang dikatakan tertekan selepas muncul berita kontroversi membabitkan ibu bapanya, Ubai memilih untuk menenangkan Shila, namun tidak mahu mengganggu ruang peribadi keluarganya.

“Kalau pasal keluarga, saya tak masuk campur sangat sebab saya faham privasi mereka. Tapi, saya akan cuba tenangkan dia.

“Saya beritahu dia, kalau dia nak kongsikan dengan saya, saya akan mendengar. Kalau dia tak selesa untuk kongsikan, tak mengapa,” katanya. HM

Ubai, Shila Amzah bincang tarikh sesuai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker