Tiba masanya peruntukan besar untuk sektor kesihatan – Tok Mat

Tiba masanya peruntukan besar untuk sektor kesihatan – Tok Mat

Long Covid adalah keadaan di mana bekas pesakit terus mengalami pelbagai masalah kesihatan setelah pulih.

Kebanyakannya berterusan selama 4 ke 12 minggu. Namun ada yang berlarutan sehingga 9 bulan.

Kerajaan belum mengemukakan data terperinci berkaitan masalah ini. Namun beberapa Universiti tempatan telah mula menjalankan kajian tentangnya.

Lancet, jurnal perubatan paling berwibawa dalam terbitannya pada 28 August 2021 menyatakan bahawa Long Covid adalah cabaran yang besar terhadap sektor perubatan.

Banyak yang masih tidak diketahui tentangnya. Justeru pelbagai penyelidikan rentas disiplin sangat perlu untuk membolehkan rawatan terbaik diberikan.

Malaysia wajar ada dasar dan strategi khusus mengenalpasti, menyelidiki dan memulih kesan jangka panjang Covid terhadap pengidapnya.

Telah lebih 2 juta rakyat negara ini terjangkit. Angka ini mungkin lebih tinggi. Dan peratusan yang mempunyai Long Covid juga mungkin akan semakin ramai.

Pemulihan kesihatan mereka ini adalah sangat penting kepada kualiti kesihatan awam secara meyeluruh.

Saya menyarankan agar Kerajaan mula memberi perhatian kepada kes Long Covid ini secara terpadu.

Dasar kita menanggani pandemik ini tidak boleh terhenti dari segi pencegahan dan rawatan. Ia mesti juga merangkumi rawatan jangka masa panjang terhadap bekas pesakit serta pelbagai penyelidikan berkaitan.

Kefahaman tentang dampak vaksinasi, kaedah rawatan dan pemulihan yang berkesan serta pelaburan untuk penyelidikan berkaitanya harus diberikan keutamaan.

Dunia perubatan akan terus terbeban dengan pelbagai cabaran baru kerana pandemik ini. Justeru pelaburan kesihatan kita tidak boleh lagi pada kadar 4 peratus GDP.

Telah tiba masanya kita mensasarkan peruntukan 7 ke 8 peratus GDP negara untuk sektor kesihatan.

Langkah ini adalah permulaan yang baik untuk reformasi besar-besaran sektor perubatan dan kesihatan setelah tekanan luar biasa terhadap sistem perubatan kita semenjak Feb 2020.

Mohamad bin Haji Hasan

Tiba masanya peruntukan besar untuk sektor kesihatan – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker