Bantuan GKP 4.0 mula disalur Selasa – Ismail
Bantuan GKP 4.0 mula disalur Selasa – Ismail
Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada sektor perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro akan mula diberikan Selasa ini.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran akan dibayar dua kali mulai 21 Sept sebanyak RM500 dan baki RM500 lagi akan dibayar pada Nov 2021.
“Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.
“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar,” katanya dalam kenyataan.
Ismail berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.
Katanya, secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.
“Saya berharap bantuan ini dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia. Kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik.
“Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai,” katanya. FMT
Bantuan GKP 4.0 mula disalur Selasa – Ismail
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.