Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat : Kosong atau pilihan Speaker?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat : Kosong atau pilihan Speaker? Sebahagian ahli parti dalam Perikatan Nasional (PN) difahamkan tidak bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Ahmad Maslan untuk menjadi calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Susulan itu, sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, cadangan itu tidak akan mendapat sokongan sesetengah pihak dalam Dewan rakyat sekali gus jawatan berkenaan mungkin dikosongkan sehingga persidangan akan datang.

Jika tetap diteruskan, sumber turut berkata, ia mungkin memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri kerana secara tidak langsung, ia menunjukkan kelemahan dalam pentadbirannya di peringkat permulaan kerana gagal memperoleh majoriti daripada usul yang dibentangkan kerajaan.

“Difahamkan, terdapat usaha Ahli Parlimen Bersatu untuk menggagalkan Usul Kerajaan yang menamakan Ahmad Maslan selaku Timbalan Speaker dari sebelah kerajaan.

“Tetapi sekarang, kerajaan tidak boleh tarik usul menamakan Ahmad Maslan sebab secara automatik Nga Kor Ming yang akan naik jadi Timbalan Yang Dipertua,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semakan Utusan Malaysia mendapati, terdapat satu cara yang membolehkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dipilih dalam kalangan kerajaan iaitu menggunakan perkara 7 (1) Peraturan Mesyuarat iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai hak untuk memilih mana-mana ahli Dewan Rakyat untuk mempengerusikan Majlis.

Usul tersebut hendaklah disokong dan tidak perlu dibahaskan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat : Kosong atau pilihan Speaker?


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker