Perjanjian MoU bukan eksklusif untuk PH saja – Annuar

Perjanjian MoU bukan eksklusif untuk PH saja – Annuar

Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik tidak eksklusif untuk Pakatan Harapan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata pembangkang juga dijamin akan terus memainkan peranan mereka sebagai pembangkang.

“Sebenarnya, ini adalah satu permulaan antara kerajaan dan sebuah parti politik utama dalam saf pembangkang iaitu PH.

“Kita percaya, ia akan disusuli pula dengan parti lain dalam pembangkang kerana kita masih ada Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan wakil Bebas.

“Perjanjiannya tidak eksklusif untuk PH. Kita sama-sama bersetuju jika ada pihak lain yang sependapat dengan butiran yang dipersetujui bersama PH, maka tindakan serupa akan dilakukan pihak kerajaan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata, MoU ditandatangani kerajaan dan PH, hari ini, bukan satu bentuk jajaran baharu politik atau kerajaan perpaduan.

Kerajaan dan PH hari ini menandatangani MoU terbabit sebagai tanda komitmen bersama kedua-dua pihak bagi mengukuhkan kerjasama rentas parti serta mengembalikan semula kestabilan politik.

MoU yang ditandatangani Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan ketua parti dalam PH itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Perdana Menteri memaklumkan, MoU berkenaan membentuk kerjasama ‘dwipartisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah. FMT

Perjanjian MoU bukan eksklusif untuk PH saja – Annuar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker