Mahkamah perintah kerajaan, polis bayar ganti rugi lebih RM280,000

Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi RM281,300 kepada keluarga suspek dadah Benedict Thanilas, yang meninggal dunia dalam tahanan empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon menetapkan keputusan itu dalam saman sivil keluarga terhadap kerajaan secara dalam talian hari ini.

Badan bukan kerajaan (NGO) Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) berkata mahkamah memutuskan bahawa keluarga tersebut berjaya membuktikan kes terhadap kerajaan pada tahap imbangan kebarangkalian.

“Mahkamah membayar RM91,800 bagi ganti rugi kehilangan saraan, RM50,000 untuk sakit dan penderitaan, RM100,000 ganti rugi teruk, ganti rugi untuk kesedihan RM30,000, dan kos pengebumian sebanyak RM4,000,” kata EDICT.

Sebanyak RM5,500 lagi diberikan sebagai kos pengeluaran surat kuasa mentadbir harta pusaka.

Keluarga itu diwakili oleh peguam M Visvanathan dan V Sanjay Nathan.

NGO itu berkata mahkamah tidak menganugerahkan sebarang ganti rugi akibat pelanggaran tugas anggota polis dalam kes itu.

“Pihak peguam memaklumkan mereka akan mendapatkan arahan seterusnya daripada pihak keluarga sama ada rayuan akan dibuat atau tidak berkenaan isu ini,” kata EDICT

EDICT menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

“Kes-kes seperti ini menjadi satu pengajaran dan teladan yang berguna kepada para anggota penguatkuasa di dalam mengendalikan tahanan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Tahun lalu, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Benedict Thanilas ketika berada dalam tahanan polis pada 2017 boleh dielakkan jika beliau diberikan rawatan perubatan yang diperlukan.

Benedict, 43, yang ditahan kerana disyaki mengedar di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 ditemui tidak sedarkan diri di lokap polis Jinjang pada 10 Julai 2017.

Dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, tetapi disahkan meninggal dunia.

Hakim Mahkamah Sesyen Mahyon Talib, yang bertindak sebagai koroner, berkata pengabaian oleh pegawai menyebabkan kematian Benedict dan menambah bahawa mereka seharusnya meneliti keperluan perubatan tahanan di bawah jagaan mereka.

Mahkamah perintah kerajaan, polis bayar ganti rugi lebih RM280,000


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Serangan seksual: Anwar diarah fail pembelaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker