Kertas siasatan Caprice, Nadir diserah ke D5 Bukit Aman

PETALING JAYA: Kertas siasatan melibatkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman telah diserahkan ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, sebaik sahaja kertas siasatan disemak, ia akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

“Sebelum ini kertas siasatan telah dihantar ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.



“Minggu lalu kita telah serahkan ke D5 Bukit Aman sebelum dirujuk ke DPP,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 2 September lalu, polis mengambil keterangan Muhammad Nadir dan Caprice berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu.

Kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi emel.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau

Kertas siasatan Caprice, Nadir diserah ke D5 Bukit Aman




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker