JDT rangkul kejuaraan kelapan Liga Super

Sebaran :

SLUG: JDT JUARA LIGA
ISKANDAR PUTERI, 12 September – Para pemain dan jurulatih JDT bersorak gembira bersama piala Liga Super apabila menjuarai Piala Liga Super kali ke lapan berturut-turut selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Ibrahim di sini. JDT 2 – KL CITY FC 1.
Gambar : RAJA JAAFAR ALI
pemberita : Faizal

Tahniah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah secara rasminya bergelar juara Liga Super musim ini selepas tamat perlawanan menentang KL City FC, malam tadi.

Rasa bangga dan gembira atas kejayaan dan rekod yang dicipta pasukan Harimau Selatan yang memenangi kejuaraan tersebut buat lapan musim berturut-turut.

Kejayaan tersebut adalah bukti bahawa segala perancangan, iltizam dan komitmen tinggi yang ditonjolkan pasukan JDT membolehkan mereka menulis semula rekod yang diperbaharui itu saban tahun.

“Tahniah JDT yang sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Liga Super malam ini, kejayaan kali kelapan berturut-turut buat Harimau Selatan.

“Sebagai anak Johor, saya pastinya turut sama berkongsi rasa bangga serta gembira atas kejayaan dan rekod yang dicipta pasukan ini,”

JDT mengesahkan kedudukan mereka sebagai juara Liga Super secara rasmi malam tadi selepas tamat perlawanan menentang KL City yang menyaksikan kemenangan 2-1 berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Sebelum upacara penyerahan piala Liga Super musim ini, turut diadakan ialah Majlis penyerahan replika cek sumbangan daripada JDT kepada wakil petugas barisan hadapan berjumlah RM1 juta.

Sumbangan itu menepati hasrat pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedikasikan kejuaraan Liga Super kali kelapan kepada semua petugas barisan hadapan yang telah bekerja sepenuh hati ketika pandemik Covid-19

Tunku Mahkota Johor menyuarakan hasrat tersebut agar JDT mendermakan duit kejuaraan liga kepada tabung untuk keluarga-keluarga petugas barisan hadapan.

Tunku Ismail turut berkesempatan meraikan sambutan kejuaraan Liga Super 2021 bersama barisan pemain dan menaiki bas dua tingkat tidak berbumbung untuk bertemu penyokong setia JDT di ‘in-car viewing party’ di pekarangan Stadium Sultan Ibrahim.

Malam gemilang sambutan kejuaraan itu ditutup dengan pertunjukan bunga api yang mewarnai ruang angkasa stadium tersebut

JDT rangkul kejuaraan kelapan Liga Super


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tinggalkan JDT? 50/50 – TMJ


Sebaran :

Leave a Reply