Kenapa masalah tulang rapuh turut serang golongan muda?

Kenapa masalah tulang rapuh turut serang golongan muda?

“SAYA kerap bersenam, menjaga makan minum dan rasanya saya tidak akan mengalami masalah kerapuhan tulang, lagi pun saya masih muda”. Satu penyataan yang pernah dituturkan oleh salah seorang rakan, usianya dalam awal 30-an.

Penyataan ini seolah-olah kita perlu menjaga kesihatan tulang apabila usia sudah meningkat. Dengan kata lain, kesihatan tulang hanya berlaku pada usia tua sahaja.

Ironinya tidak sedemikian; apabila memperkatakan mengenai kesihatan, kita hanya mengambil berat mengenai penyakit utama sahaja iaitu kanser dan penyakit jantung manakala masalah kerapuhan tulang diabaikan sama sekali.

Tulang membentuk struktur dan memberi sokongan kepada badan agar kita boleh berdiri tegak, bergerak dan ia juga melindungi organ dalaman (seperti jantung dan paru- paru). Namun, kemerosotan tulang berlaku secara perlahan- lahan, tidak menyakitkan dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Oleh itu, mereka yang mengalami masalah kerapuhan tulang hanya akan menyedarinya setelah mengalami kepatahan tulang.

Justeru itu, aspek penjagaan kesihatan tulang tidak boleh dipandang ringan. Menjaga kesihatan tulang seolah-olah anda menjaga akaun simpanan peribadi. Semakin banyak anda menyimpan maka semakin banyaklah simpanan anda dalam tabungan, begitu juga dengan kesihatan tulang.

Tempoh kritikal untuk pembinaan jisim tulang yang padat bermula sejak zaman kanak-kanak dan mencapai kemuncaknya pada usia dua puluhan atau tiga puluhan. Selepas jisim tulang kita mencapai kemuncaknya, keseimbangan antara proses pembinaan dan penguraian tulang mungkin mula berubah.

Dengan kata lain, lebih banyak jisim tulang akan berkurangan dengan peningkatan usia kerana aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembinaan semula.

KITA KEHILANGAN KALSIUM SETIAP HARI

Satu fakta yang harus diberi perhatian adalah setiap hari kita kehilangan kalsium menerusi kulit, kuku, rambut, peluh, air kencing dan sebagainya. Badan kita pula tidak mampu untuk menghasilkan kalsium. Oleh itu amat penting untuk kita pastikan pengambilan kalsium dalam jumlah yang secukupnya melalui makanan yang kita makan. Sekiranya kalsium dalam badan tidak mencukupi mengikut keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang.

Justeru, masih belum terlewat untuk mengatasi masalah ini, pencegahan adalah strategi terbaik. Selain mengambil jumlah Vitamin D yang mencukupi, langkah seterusnya adalah mengamalkan gaya hidup sihat; mengambil makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu berkalsium tinggi bagi memenuhi keperluan kalsium harian. Utv

Kenapa masalah tulang rapuh turut serang golongan muda?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker