Cahaya Misteri Muncul Di Langit Lepas Gempa Bumi, Penduduk Acapulco Risau Kiamat Melanda [VIDEO]

Cahaya Misteri Muncul Di Langit Lepas Gempa Bumi, Penduduk Acapulco Risau Kiamat Melanda [VIDEO]

Pada 8 September lalu, bandar Acapulco di Mexico dilanda gempa bumi dengan kekuatan 7.0. Difahamkan, seorang individu terkorban dan beberapa bangunan serta lebuh raya rosak ekoran kejadian ini

PENDUDUK di Acapulco, Mexico risau gara-gara melihat cahaya biru di langit sejurus kejadian gempa bumi pada Rabu lalu.

Menurut penduduk, mereka yang ketakutan ketika gempa turut melihat cahaya berwarna biru di langit.



Selepas gempa bumi itu berlaku, penduduk di situ mendakwa langit bandar Acapulco dipenuhi dengan ‘cahaya misteri’. Khuatir dengan kejadian ini, ramai yang melarikan diri ke jalan raya kerana gusar dengan keadaan bangunan yang bergoyang.

Malah, mereka turut berkongsi kisah itu menerusi laman Twitter dan mengaitkan ia dengan kejadian kiamat.



Menurut sebilangan saintis, cahaya itu mungkin terjadi akibat pergeseran batu berhampiran kerak bumi sehingga mengeluarkan tenaga ke atmosfera dan menghasilkan cahaya di permukaan bumi.

Bagaimanapun, dakwaan penduduk yang beranggapan cahaya misteri itu adalah petanda hari kiamat adalah tidak benar. Menurut ahli fizik dari Universiti Rutgers, Troy Shinbrot, dunia sudah lama kiamat jika kejadian cahaya misteri itu adalah petanda kepada pengakhiran dunia.



Untuk rekod, gempa dengan kekuatan 7.0 itu menyebabkan seorang indvidu meninggal dunia.

Selain itu, ia turut menyebabkan berlakunya kerosakan bangunan dan tanah runtuh, sekaligus menyebabkan banyak laluan utama terjejas. – Daily Star.



Cahaya Misteri Muncul Di Langit Lepas Gempa Bumi, Penduduk Acapulco Risau Kiamat Melanda [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kebakaran Besar ‘Mata Api’ di Perairan Teluk Mexico [VIDEO]

[VIDEO] Lubang Gergasi Ancam ‘Telan’ Rumah Penduduk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker