Penduduk Kuala Kedah naik bendera putih

Penduduk Kuala Kedah naik bendera putih

ALOR SETAR: Beberapa penduduk di dua zon mukim Kuala Kedah di sini memasang bendera putih selepas mendakwa terputus bekalan makanan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Isnin lalu.

Penduduk Kampung Tengah, Hashimawati Hashim,41, berkata, dia bersama sepupunya mengambil inisiatif mengangkat bendera putih supaya ada pihak datang menghantar barangan keperluan harian.

“Kampung Tengah mempunyai sembilan lorong dan ramai nelayan serta ada juga golongan ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) yang hanya berpendapatan harian.

“Tambahan setiap lorong ada penduduk yang sedang kuarantin kerana jangkitan Covid-19 dan kami kecewa apabila bantuan bekalan makanan tidak sampai ke sini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

PKPD di dua zon mukin Kuala Kedah bermula Isnin lalu hingga 19 September depan.

Menurutnya, namun begitu, sejak tular di Facebook berkaitan bendera putih berkenaan ada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mula menghubunginya untuk salur sumbangan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Zalmi Ahmad,45, berkata, dia yang bekerja sebagai tukang cuci di luar daerah ini juga tidak dapat keluar bekerja.

“Saya mempunyai dua anak kecil terputus bekalan makanan kerana tiada sumber pendapatan.

“Ada juga pergi ke kedai runcit berdekatan tetapi dimaklumkan bekalan di kedai mula susut kerana lori bekalan dari luar tidak dibenarkan masuk,” ujarnya. UTUSAN

Penduduk Kuala Kedah naik bendera putih


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker