Keputusan buka sekolah berperingkat tepat, elak pelajar ‘burn out’

Polemik isu pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka hangat diperbincangkan kebelakangan ini.

Ada ibu bapa yang bersetuju, tidak kurang juga ada yang membantah berikutan bimbang jangkitan tidak didapat kawal kerana anak-anak belum divaksinasi. 

Meskipun Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memaklumkan pembukaan semula sekolah secara bersemuka pada 3 Oktober dilakukan secara berperingkat, rata-rata masih meluahkan kegusaran.

Bagi Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan, keputusan yang dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) sudah pastinya mengambil kira pelbagai aspek, termasuk mengkaji dari sudut risiko.

Malah, beliau berkata, keputusan itu juga dibuat berdasarkan pandangan pakar-pakar termasuk daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Maka, pilihan pembukaan itu adalah jelas keputusan yang tuntas untuk melihat bahawa kelangsungan pendidikan adalah satu perkara penting.

“Namun, dalam masa sama kita melihat aspek keselamatan dan kesihatan pelajar juga tetap diberi keutamaan, termasuk tidak mengabaikan murid daripada keciciran,” katanya dalam bual bicara Agenda Pertiwi di TV Pertiwi, malam ini.

Beliau percaya KPM juga mengambil kira kesan yang dihadapi oleh pelajar dan guru dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“Dan kita yakin kaedah secara bersemuka lebih berkesan dalam memberikan pembelajaran kepada anak-anak.

“Kaedah PdPR menyebabkan pelbagai isu antaranya kelesuan murid sehingga ke peringkat bukan hanya masalah kesihatan mental, tetapi juga ‘burn out’. Ia juga turut memberi kesan kepada guru,” katanya.

Ustaz Mohd Azizee berkata, keputusan pembukaan sesi persekolahan juga telah dinyatakan jelas dibuat secara berfasa dan bukan serentak kepada seluruh negara.

“Ini bermakna, ia dibuat secara berperingkat dan tidak babit semua sekolah serta pelajar. Mungkin sekolah yang diutamakan adalah di Fasa 4 PPN seperti Labuan yang akan jadi rintis kepada pelajar kembali belajar secara semuka.

“Ia kemudian diikuti oleh negeri di Fasa 3 dan difahamkan hanya babit kelas peperiksaan seperti SPM, STPM dan STAM. Sementara pelajar-pelajar lain dan negeri Fasa 1 dan 2 kekal dengan keadah PdPR,” katanya.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Vaksin untuk pelajar sekolah dimuktamad Khamis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker