Kelonggaran SOP kepada lebih 19,000 penggiat industri kreatif

Kelonggaran SOP kepada lebih 19,000 penggiat industri kreatif

Penggiat seni kreatif boleh menarik nafas lega selepas kerajaan memberi kelonggaran beroperasi kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan sektor industri kreatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan, kelonggaran yang diberikan kepada individu yang telah lengkap divaksin itu akan mula berkuat kuasa Khamis ini (9 September).



“Kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif, yang diharapkan dapat memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, aktiviti yang dibenarkan adalah pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung.

“Siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan turut dibenarkan dengan kehadiran penonton yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio,” katanya.

Beliau berkata, penggambaran di dalam dan luar studio turut dibenarkan kepada individu yang telah lengkap suntikan vaksin.

“Persembahan hiburan jalanan dalam bangunan (indoor busking) dan persembahan di lounge hotel turut dibenarkan,” katanya.



Ismail Sabri berkata, aktiviti panggung wayang turut dibuka kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.-Awani

Kelonggaran SOP kepada lebih 19,000 penggiat industri kreatif


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kanak-kanak 6 tahun hilang ditemui lemas dalam lombong



Ali Puteh berang dituduh makan duit arwah Abam Bocey

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker