Bantuan ikan, ayam untuk keluarga dikuarantin [VIDEO]

Bantuan ikan, ayam untuk keluarga dikuarantin. Kira-kira 1,654 tan ikan dan ayam segar dibekalkan kepada 827 keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Daripada jumlah itu, sebanyak 920 kilogram ikan cencaru diagihkan kepada 460 ketua isi rumah yang terpaksa menjalani proses kuarantin di beberapa kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, berkata bantuan bekalan ayam segar pula diagihkan kepada ketua keluarga di beberapa kampung di Langkap, Permaisuri dan Jabi.

Katanya, setiap ketua isi rumah di Jabi, Langkap dan Permaisuri menerima bantuan ayam segar kira-kira dua kilogram, manakala dua kilogram ikan cencaru untuk 460 setiap keluarga di Batu Rakit.

“Penduduk berkenaan diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, termasuk untuk terus kekal di rumah sehingga tempoh kuarantin berakhir,” katanya kepada media selepas pengagihan bantuan bekalan makanan basah di Batu Rakit, di sini, hari ini.

Bantuan ikan, ayam untuk keluarga dikuarantin


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Apa bantuan PH kepada rakyat ketika pandemik?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker