Rumah terbakar, empat beranak rentung

Rumah terbakar, empat beranak rentung

Penampang: Empat sekeluarga rentung selepas dipercayai terperangkap di dalam rumah yang terbakar, dalam kejadian di Taman Hungab, Jalan Nosob, di sini, awal pagi hari ini

Mangsa yang terkorban, suami isteri iaitu Matthew Wong, 50, dan Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka, Brandon, 18 dan Eric, 15 tahun.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, rumah berkeluasan 55 meter persegi itu musnah terbakar 100 peratus, manakala Proton Saga dan Perodua Alza turut musnah 30 peratus terkena bahang kebakaran.

Ketua Zon I Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.52 pagi.

Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, api masih marak di dalam rumah berkenaan dan operasi pemadaman segera dijalankan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, api hanya berjaya dikawal pada jam 3.40 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, pasukan bomba menemui empat mangsa rentung di dalam rumah berkenaan.

“Tiga mangsa lelaki terperangkap di dalam bilik di tingkat atas, manakala seorang lagi iaitu mangsa wanita ditemukan di dalam bilik air,” katanya.

Hamsa berkata, semua mangsa sudah dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. HM

Rumah terbakar, empat beranak rentung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker