Hassan tak percaya cakap Wan Junaidi

Hassan tak percaya cakap Wan Junaidi

Tak perlu undi percaya: Wan Junaidi hanya dengar daripada mulut Ismail bukan Agong, kata Ahli Parlimen PKR

Seorang wakil rakyat PKR mempersoal kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa Yang di-Pertuan Agong memberitahu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau tidak perlu melalui proses undi percaya di Dewan Rakyat.

Hassan Abdul Karim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, kenyataan Wan Junaidi adalah bersifat “hearsay” atau dengar cakap yang kesahihannya boleh dipertikaikan kerana menteri undang-undang itu tidak mendengar daripada mulut Agong sendiri.
“Sebaliknya Wan Junaidi dengar daripada mulut perdana menteri, iaitu pihak yang ada kepentingan dalam prosiding undi percaya. Kenyataan Ismail adalah ‘hearsay’ kerana wujud ‘conflict of interest’ (percanggahan kepentingan),” katanya kepada FMT.

Hassan turut menegaskan bahawa kenyataan Agong secara bertulis pada 28 Ogos lalu secara jelas memaklumkan bahawa perdana menteri yang dilantik perlu bentang usul percaya di Dewan Rakyat.

“Kalau ada dekri terbaharu daripada Agong untuk menyatakan tak perlu undi percaya dibentang di Dewan Rakyat, maka dekri atau titah Agong itu hendaklah dibuat melalui satu kenyataan rasmi Istana Negara,” katanya.

Hassan berkata, sebagai Ahli Parlimen beliau tetap mahukan usul undi percaya terhadap Ismail diteruskan di Dewan Rakyat kerana dalam Perlembagaan tidak menyebut keabsahan perdana menteri boleh dibuat melalui jumlah 114 akuan berkanun (SD) oleh Ahli Parlimen yang menyokong Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera.

“Sebab dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada sebut keabsahan perdana menteri boleh dibuat secara SD. Perkara 43(2)(a) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas ada majoriti sokongan kepercayaan atau tidak ada majoriti sokongan kepercayaan dilakukan dan ditentukan di dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Terdahulu Wan Junaidi berkata, Agong memberitahu Ismail bahawa beliau tidak perlu melalui proses undi percaya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, perdana menteri memberitahu perkara itu kepadanya ketika mesyuarat Jemaah Menteri pertamanya. FMT

Hassan tak percaya cakap Wan Junaidi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker