Tiada tanda usul undi percaya – Anwar

Tiada tanda usul undi percaya – Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, belum ada petanda usul undi percaya akan diadakan di Parlimen setakat ini, walaupun Yang di-Pertuan Agong bulan lalu menitahkan usul itu perlu dikemukakan di Dewan Rakyat bagi mengesahkan keabsahan perdana menteri baharu mendapat sokongan majoriti.

Beliau merujuk titah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah ketika menerima menghadap wakil parti politik di Istana Negara pada 17 Ogos lalu, selepas Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan perdana menteri.



“Ketika pertemuan dengan Agong, Agong sendiri menyebut mesti melalui proses undi percaya.

“Tetapi sampai hari ini, tiada petanda akan diadakan usul undi percaya, malah sejurus selesai pertemuan, Ismail Sabri Yaakob berbisik kepada saya ‘mungkin tak perlu’.

“Saya jawab ini bukan soal perlu tak perlu, ini soal keperluan dasar untuk menguruskan keabsahan kerajaan dan ini dititah oleh Agong dan dipersetujui ketua-ketua parti,” katanya dalam Webinar kebersamaan UPKO dalam Perjuangan Pakatan Harapan malam tadi.

PH temui Ismail sebelum Kabinet dibentuk



Anwar berkata, dalam pertemuan PH dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, beliau bagi pihak PH menyuarakan kerjasama mungkin berlaku, tetapi perlu tertakluk kepada beberapa perkara dasar.

Katanya, Ismail memberi bayangan beliau seolah-olah berada dalam percaturan politik beberapa individu, termasuk bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

“Dia bagi bayangan seolah-olah tidak boleh buat apa-apa kerana terpaksa kekalkan yang lama.

“Jadi, ini menunjukkan dia seolah-olah duduk di situ atas percaturan politik beberapa orang, termasuk bekas PM (Muhyiddin), jadi ini bagi saya perkara besar.”



Beliau berkata, tindakan mengekalkan kebanyakan muka lama daripada Kabinet terdahulu yang segelintirnya jelas gagal menjalankan tugas dengan baik menggambarkan ia hanyalah untuk mengekalkan kuasa. FMT

Tiada tanda usul undi percaya – Anwar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker