PH belum terima sepenuhnya pelaksanaan pindaan Undi18 – Mat Sabu
PH belum terima sepenuhnya pelaksanaan pindaan Undi18 – Mat Sabu
Masih terlalu awal untuk Pakatan Harapan (PH) mengambil bahagian dan menerima sepenuhnya pelaksanaan terhadap pindaan Undi18, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Bekas menteri persekutuan itu berkata, meskipun ia diluluskan Parlimen dengan sokongan majoriti, tetapi pelaksanaannya masih di peringkat perbincangan.
“Berkenaan daftar Undi18 ini, jawatankuasa (dalam PH) terutama yang bersangkut paut pilihan raya, kita akan bincang dan memberi saranan. Perkara ini lulus di sudut dasar, tetapi untuk teknikalnya (perlu dibincangkan).
“Bagaimana dan sebagainya itu masih di peringkat awal untuk kita ambil bahagian dan menerima sepenuhnya Undi18,” katanya dalam Webinar kebersamaan UPKO dalam Perjuangan PH malam ini.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuching hari ini mengarahkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob melaksanakan pindaan Undi18 sebelum 31 Dis ini.
Katanya, keputusan itu sejajar hasrat dan keputusan Ahli Parlimen yang meluluskan usul Undi18 pada Julai 2019.
Dalam perkembangan lain, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tiada manfaat yang boleh diharapkan daripada kerajaan baharu pimpinan Ismail kerana mereka hanya mahu menjaga kedudukan dan memerintah sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Kalau kita harapkan kebaikan (di) bawah (pimpinan) Ismail ini, kita tidak akan capai apa-apa kerana mereka ‘fit and comply’ bukan kerana ‘confident and supply’ sebab mereka nak jaga kedudukan dan mahu memerintah sekurang-kurangnya sampai PRU akan datang.” FMT
PH belum terima sepenuhnya pelaksanaan pindaan Undi18 – Mat Sabu
Baca Artikel Menarik :
- Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik
- Rasuah lebih teruk dari daging babi – Ayob Khan
- Ajaran sesat PMYT, Sittah Annur disoal siasat disoal
- Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ
- Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah
- Bekas timbalan menteri kesihatan kini penasihat khas Khairy
- Netizen korek identiti ‘amoi’ piza
- 7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana
- Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita [VIDEO]
- Lebih setahun tinggal dalam kereta, akhirnya lelaki dapat rumah
- Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Layari Laman Facebook MYKMU