Tudung Fazura, saya bukan penipu – Noor Fadilah

Tudung Fazura, saya bukan penipu – Noor Fadilah

“Ramai yang marah, gelar saya penipu sedangkan saya tak bersalah,” kata Noor Fadilah Mohamad, 34.

Pengasas produk kecantikan itu mendakwa menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menipu orang ramai yang membeli tudung keluaran pelakon popular, Fazura seperti tular di laman sosial.

Kesal nama dan gambarnya digunakan tanpa pengetahuan, Noor Fadilah yang turut menjalankan perniagaan barangan daripada China secara dalam talian sejak lebih dua tahun lalu, menegaskan dia tidak menjual tudung termasuk tudung artis berkenaan.

Sebelum ini, katanya, pihak yang sama dipercayai turut menggunakan gambar dan namanya untuk memperdayakan pelanggan yang membeli tudung keluaran jenama lain yang hanya diketahuinya apabila dia dihubungi pemilik jenama itu pada bulan lalu.

“Pada 30 Ogos lalu, rakan pula bertanya jika saya ada jual tudung Fazura. Saya terkejut apabila diberitahu gambar saya sudah tular kerana didakwa menipu duit pelanggan yang membeli tudung itu.

“Individu berkenaan menggunakan gambar sama dengan profile Facebook saya dan mempunyai akaun atas nama yang hampir sama dengan nama saya, iaitu Pn Noor Fadilah, tetapi ia bukan milik saya termasuk nombor telefon yang digunakan,” katanya ketika ditemui di Seri Manjung, di sini, hari ini.

Katanya, gambarnya dimuat naik di laman sosial dan dikongsi banyak pihak tanpa usul periksa yang membuatnya kesal serta bimbang keselamatan diri dan keluarga.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Penipu menggunakan gambar dan nama saya di laman WhatsApp serta Instagram. Susulan itu saya membuat laporan polis pada 14 Ogos bagi kes pertama dan kemudian pada 31 Ogos bagi kes berkait tudung Fazura di Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung.

“Kejadian ini menganggu emosi dan kerja saya. Ramai yang marah serta menggelar saya penipu sedangkan saya tidak melakukannya, malah urusan perniagaan hanya menggunakan akaun rasmi syarikat, ASKED Enterprise, bukan akaun peribadi,” katanya.

Noor Fadilah berkata, pihak Fazura juga sudah menghubunginya selepas itu dan menerima penjelasannya dan dia diminta menghasilkan video bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Saya berharap dengan penjelasan ini dapat membersihkan semula nama saya dan turut berharap mana-mana pihak tidak lagi berkongsi gambar saya dan hantaran mengenainya serta memadamkan hantaran berkenaan,” katanya.

Kelmarin media melaporkan pendedahan pelakon Fazura, selepas beberapa hari meraih kejayaan luar biasa dengan mencatat jumlah jualan sebanyak RM2.16 juta untuk tudung keluarannya, ada pihak sudah cuba mengambil kesempatan menipu orang lain.

Fazura, 38, mendedahkan demikian menerusi perkongsian dalam InstaStorynya dengan memuat naik bukti penipuan berkenaan. BH

Tudung Fazura, saya bukan penipu – Noor Fadilah

Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker