Guru wajib ambil vaksin, KKM, KPM bersemuka

Guru wajib ambil vaksin, KKM, KPM bersemuka. Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan berhubung dasar mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana langkah itu perlu diperhalusi secara terperinci kerana melibatkan beberapa implikasi perundangan.

“Saya kena bincang dengan KPM sebab ada implikasi perundangan di sini, justeru ia perlu diperhalusi bersama Menteri (Datuk Radzi Jidin), sama ada kita boleh wajibkan pengambilan vaksin secara ‘sectorial mandate’ (mandat mengikut sektor),” katanya kepada pemberita dalam sesi temubual di pejabat di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan juga akan mempertimbangkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat.

Guru wajib ambil vaksin, KKM, KPM bersemuka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Guru KAFA, pegawai masjid enggan vaksin mungkin dilarang bertugas: Sultan Selangor

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker