Paralimpik Tokyo 2020: Ziyad belum dapat terima hakikat
Paralimpik Tokyo 2020: Ziyad belum dapat terima hakikat. Jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, belum dapat menerima hakikat pingat emas kategori F20 dibatalkan ekoran isu ‘call room’.
Atlet berusia 31 tahun itu sempat meluahkan rasa kecewa dengan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, sebelum tiba ke tanah air esok.
Kelu dan hilang kata-kata, itu antara gambaran awal apabila dapat bercakap dengan Ziyad selepas tamat mesyuarat Chef de Mission (CDM) yang menyaksikan emas miliknya dibatalkan.
“Saya tidak berani untuk menjelaskan apa ketika ini. Saya amat sedih dan tidak boleh menerima hakikat,” kata Ziyad.
Ziyad sepatutnya meraih emas apabila melakukan lontaran 17.94 meter yang juga rekod baru dunia dan kebangsaan.
Namun, pegawai Ukraine melakukan protes dengan mendakwa Ziyad bersama atlet Australia dan Ecuador lewat lapor diri dalam ‘call room’.
Protes itu diterima sekali gus menyaksikan atlet Ukraine, Maksim Koval meraih emas.
Sementara itu, Chef de Misson (CDM) Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin, tampil menjelaskan status terkini melibatkan bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletic (WPA) supaya dipertimbangkan semula rayuan agar penyertaan dan catatan Ziyad perlu diiktiraf sebagai penyertaan dan catatan rasmi kejohanan tersebut.
Namun demikian, bantahan itu hanya boleh dilakukan selepas temasya Paralimpik Tokyo 2020 berakhir.
Megat turut berkongsi inisiatif kem negara untuk mendapatkan Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi melihat situasi sebenar berhubung dakwaan Ziyad dikatakan lewat memasuki call room.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu, mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatkan laporan awal insiden yang berlaku.
Selain itu, Faizal juga meminta MSN bersama-sama dengan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menggerakkan Jawatankuasa Siasatan bagi melihat insiden ini secara menyeluruh dan menyediakan pelan tindakan lanjut yang perlu dilakukan mengenai bantahan dan rayuan rasmi.
Faizal juga mahu melihat kepada kaedah pada masa depan bagaimana hendak menangani supaya insiden yang sama tidak berlaku kepada atlet negara nanti.
Beliau turut mengesa semua pihak supaya tidak menuding jari mencari kesalahan sesiapa dalam hal ini tetapi yang penting semua pihak termasuk IPC dan WPA melihat semula peraturan–peraturan termasuk peraturan yang memerlukan kebijaksanaan dalam menguruskannya.
Paralimpik Tokyo 2020: Ziyad belum dapat terima hakikat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki
- TMJ tells Syed Saddiq to jump off KLCC without a parachute
- Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni
- Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
- Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung
- Suami mengamuk isteri muda diganggu kekasih lama
- Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM
- Resepi Ayam Goreng Berlada Sedap
- Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19 di Sabah
- Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah
- Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU
Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni
You must be logged in to post a comment.