Nilai kemerdekaan jiwa

Manusia sentiasa diuji Tuhan agar diberi keinsafan dan keberkatan dalam kehidupannya. Di sebalik setiap ujian seseorang itu akan mendapat hidayah kerana kadangkala kita hanya sedar akan kebolehupayaan diri setelah melalui cabaran besar.

Rakyat Malaysia sudah merdeka selama 64 tahun dan bersama-sama melalui detik pahit manis sebagai satu bangsa. Tuanku Abdul Rahman juga pernah mengingatkan kita apakah itu erti perpaduan sebagai satu bangsa Malaysia ketika perutusan terakhirnya sebagai Perdana Menteri.

Kita diberi ujian besar ketika menghadapi pandemik Covid-19 disamping ketidakstabilan politik akibat kerakusan manusia yang tidak mempedulikan amanat dan tanggungjawab kepada rakyat. Ketidak-tentuan akibat kelemahan pimpinan kerajaan telah memudaratkan lagi keadaan ekonomi, sosial dan pendidikan bagi generasi akan datang.



Kemerdekaan yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh negarawan sebelum ini sudah tentu tidak membayangkan hak seorang rakyat hari ini diperlekehkan oleh ahli politik yang rakus dan taksub dengan kuasa. Tema Hari Merdeka mungkin berbeza setiap tahun namun perjuangannya masih tetap sama.

Karya satira politik terkenal dunia 1984 oleh penulis Inggeris legenda George Orwell mengisahkan keadaan sebuah negara yang diperintah oleh seorang pemimpin misteri dikenali sebagai Big Brother dengan kuku besi.

Orwell menterjemahkan kritikannya terhadap Kesatuan Soviet dalam bentuk tulisan satira yang menggunakan kawanan haiwan sebagai watak-watak utama. Hari ini kita dapat melihat bagaimana nyawa rakyat dipergadaikan seolah-olah haiwan sembelihan di sebalik statistik wabak Covid-19 ketika politikus sibuk mengekalkan jawatan dan kuasa.

Semangat aktivis di kalangan anak muda nyata semakin jelas sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi yang membolehkan mesej lawan diterjemahkan ke seluruh negara. Kempen bendera putih memperlihatkan bagaimana semangat kemasyarakatan dalam membantu mereka yang sarat dan memerlukan tanpa melalui elemen birokrasi. Setiap saat bantuan tertangguh derita dan keperitan seorang insan dapat dirasai.



Merdeka tanpa rasuah

Kebangkitan semangat juang juga dapat diteladani melalui sejarah pengalaman di kalangan wakil rakyat yang dilihat sebagai veteran hari ini. Reformasi institusi yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah sekadar laungan mesej politik pembaharuan tetapi insiden seperti Demonstrasi Baling Tahun 1974 menggambarkan bagaimana beliau bersama mahasiswa IPT dari ibu kota, malah mahasiswa USM, pelajar sekolah Yayasan Anda Akademik (YAA), Kampong Baru, Kuala Lumpur dan  siswa-siswi Politeknik Ungku Omar Ipoh (PUO) bangkit menuntut keadilan.

Saya tidak akan mengungkai secara penuh apa yang berlaku dan hala tuju mereka terlibat sama dalam demo Baling. Namun jelas sehingga hari ini taraf kemiskinan rakyat masih berada di skala yang membimbangkan lebih-lebih lagi ketika negara menghadapi kemelut pandemik Covid-19.



Walaupun suara anak muda hari ini semakin lantang dan memberikan impak sehingga berjaya memberi tekanan kepada kerajaan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, negara kita masih jauh dari memerdekakan jiwa.

Generasi lebih senior sering membangkitkan bahawa anak muda wajar diberi amanat dan tanggungjawab memimpin negara kita, tetapi adakah tahap kematangan mereka sudah mengizinkan? Saya fikir ini adalah satu persoalan yang memerlukan kejujuran muhasabah diri.

Hakikatnya adalah perjuangan sebagai satu bangsa memerlukan kerjasama oleh kedua-dua pihak selagi DNA reformasi itu dikongsi sama. Andainya kita tidak akui bahawa laungan reformasi bermula dari KEADILAN, iktibar perjuangan seorang tokoh pemimpin yang bermula sebagai aktivis tidak dapat diinsafi.

Nilai kemerdekaan bukan sahaja melalui perutusan atau kibaran Jalur Gemilang, tetapi kematangan dalam melihat keberkatan dalam segala ujian yang dapat dilalui bersama pemimpin pilihan kita.



AIDI AMIN
Legasi anak Malaysia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Merdeka tidak hanya soal ganti penjajah tetapi juga sistem

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker