NGO antirasuah, veteran politik sokong akta pecat MP lompat parti

NGO antirasuah, veteran politik sokong akta pecat MP lompat parti

Veteran Umno dan kumpulan antirasuah tampil mendukung usaha Azalina Othman Said untuk memperkenalkan undang-undang bagi memecat anggota parlimen yang melompat parti.

Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub berharap rang undang-undang yang akan dibentangkan itu mendapat sokongan sebulat suara daripada semua parti.

“Akta ini juga penting bagi mengembalikan imej demokrasi negara dan politik yang tecalar teruk akibat permainan ‘katak politik’ yang melompat parti demi habuan dan kepentingan peribadi,” katanya.

Azalina, anggota parlimen Pengerang dan bekas timbalan speaker, semalam mengumumkan akan menghantar notis usul kepada Dewan Rakyat untuk mencadangkan Rang Undang-undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021.

Dia berharap usul itu menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan pilihan raya pecat atau recall election dalam sidang parlimen September ini.

Dia juga berkata berbesar hati dengan perbincangan antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersama blok pembangkang dan bebas untuk memperkenalkan undang-undang itu.

Dia juga memuji kumpulan proreformasi sistem pilihan raya Bersih yang menurutnya berjaya memberi pemahaman kepada orang awam tentang mekanisme pemecatan wakil rakyat.

Telah lama disokong pakar dan organisasi sivil

Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) Muhammad Mohan berkata usaha itu telah lama disokong oleh pakar dan organisasi sivil seperti Bersih 2.0.

Katanya kegiatan lompat parti telah memperolokkan mandat rakyat yang memilih secara demokrasi dalam pilihan raya umum lalu.

“Adalah wajar jika dikatakan bahawa rakyat ‘tidak diberi keutamaan dan melalui perjalanan yang sukar’ selama berbulan-bulan tanpa demokrasi berparlimen, pertukaran dua perdana menteri, satu pilihan raya negeri, pelbagai rombakan kabinet dan kisah akuan berkanun yang tidak terkira jumlahnya.

“Demokrasi yang matang melibatkan institusi demokrasi yang kuat, dan bagi kita di Malaysia nampaknya undang-undang untuk mencegah lompat parti diperlukan untuk memberi kuasa semula ke tangan rakyat bagi menarik sokongan mereka daripada wakil rakyat yang telah mereka pilih yang secara tiba-tiba menukar kesetiaan,” katanya.

Idea pilihan raya pecat timbul sebagai alternatif kepada undang-undang antilompat parti yang menghilangkan kedudukan seseorang wakil rakyat jika melompat parti.

Mahkamah Agung pada 1992 memutuskan undang-undang itu melanggar perlembagaan dan kebebasan berpersatuan, dalam kes dua Adun PAS – Nordin Salleh dan Wan Najib Wan Mohamed – melompat parti.

Selepas kalah dalam pilihan raya kecil selepas itu, mereka mencabarkan di mahkamah dan menang. Kedudukan mereka sebagai Adun dikembalikan. Mk

NGO antirasuah, veteran politik sokong akta pecat MP lompat parti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Merenung sejarah ‘pendek’ No Anwar, No DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker